top of page

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Perpustakaan Zaaba KMM berkongsi bangunan dengan Unit Sains Komputer, Unit Bahasa Inggeris (kelas) dan Makmal Bahasa. Mempunyai dua (2) aras untuk perpustakaan dan aras tiga (3) menempatkan ruang kerja Unit Sains Komputer, Makmal Komputer dan Makmal Bahasa. Bangunan perpustakaan boleh menampung seramai 600 pelajar pada satu-satu masa iaitu menggunakan kedua-dua aras berkenaan. Kebiasaannya, aras bawah digunakan untuk melaksanakan program pameran dan jualan buku serta Program Derma Darah. Bagi sesi 2018/2019, aras bawah perpustakaan akan digunakan untuk tujuan pendaftaran pelajar lelaki semasa Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu.

 

ARAS BAWAH

Ruang Bacaan Terbuka

Disediakan bagi kemudahan dan keselesaan pelajar membuat rujukan, mengulangkaji, pembacaan dan perbincangan berkumpulan.

Ruang Meja Karel

Disediakan bagi kemudahan dan keselesaan pelajar membuat rujukan, mengulangkaji dan pembacaan secara individu/sendiri.

Bilik Seminar 1 & 2 (Kelas)

Disediakan bagi kegunaan pensyarah dan pelajar melaksanakan PdPc dan aktiviti berkumpulan secara tertutup. Bilik ini juga digunakan untuk Urus Setia Pendaftaran Pelajar Baharu.

 

Bilik LR3 & LR4 (Kelas Unit Bahasa Inggeris)

Disediakan bagi kegunaan pensyarah dan pelajar Unit Bahasa Inggeris melaksanakan PdPc dan aktiviti berkumpulan secara tertutup. 

Bilik Kesetiausahaan/Menaip

Disediakan bagi kegunaan pelajar untuk melakukan tugasan/homework seperti MS PowerPoint, MS Word dan sebagainya. Dalam perancangan untuk menaiktaraf kepada perkhidmatan wireless internet.

Sudut/Ruang Bacaan Kanak-kanak

Disediakan bagi kegunaan anak-anak pensyarah dan staf.

Bilik Indoor Games

Disediakan bagi kegunaan pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan menggunakan board games seperti Sahibba, Catur, Dam dan sebagainya.

Bilik Perbincangan 12 bilik - 8 sederhana besar (5-8 orang) & 4 bilik besar (10 orang)

Disediakan bagi kegunaan pensyarah dan pelajar melaksanakan PdPc dan aktiviti berkumpulan secara tertutup. 

 

ARAS 1

Ruang Bacaan Terbuka

Disediakan bagi kemudahan dan keselesaan pelajar membuat rujukan, mengulangkaji, pembacaan dan perbincangan berkumpulan.

 

Ruang Santai/Menonton

Disediakan bagi kemudahan dan keselesaan pelajar berehat sambil menonton televisyen.

Ruang Akhbar Harian & Majalah

Disediakan bagi kemudahan pensyarah dan pelajar membaca akhbar harian dan majalah yang dilanggan.

Ruang Pameran Umum

Disediakan bagi kegunaan pensyarah untuk mempromosi dan membuat hebahan mengenai aktiviti di Unit Akademik.

Ruang Lobi & Pameran Utama

Disediakan bagi promosi dan hebahan aktiviti Unit Perpustakaan.

Bilik Multimedia & Internet - Cybernet 1 & 2

Disediakan bagi kemudahan pensyarah dan pelajar mengakses dan melayari Internet serta bengkel hands-on berkaitan komputer dan maklumat lain secara dalam talian (online).

Mini Surau

Disediakan bagi kemudahan pensyarah dan pelajar lelaki/perempuan menunaikan solat ketika berada di Perpustakaan.

bottom of page