top of page

PANGKALAN DATA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Pengguna perlu mendaftar dahulu di pautan di bawah untuk mengakses pangkalan data berikut. Panduan dan cara-cara mengakses juga disediakan.

Pautan : http://www.u-library.gov.my/portal/web/guest/home 

Overdrive memiliki 4,897 bahan bacaan yang terdiri daripada e-buku, buku audio dan filem dalam pelbagai bidang perkara seperti fiksyen, bukan fiksyen, fiksyen remaja, bukan fiksyen remaja dan bahan bacaan kanak-kanak.

Ebscohost Premier Library Package terdiri daripada beberapa pangkalan data yang menyediakan sebanyak 224, 938 artikel, laporan dan ebuku dalam pelbagai bidang perkara. Pangkalan-pangkalan data ini terdiri daripada Academic Search Premier, AHFS Consumer Medication Information, Alt HealthWatch, Business Source Premier, Computer Source dan eBook Collection.

PNM eLib ialah pangkalan data yang menyediakan sebanyak 3,900 judul bahan digital dalam pelbagai bidang antaranya Islam, Novel Umum, Novel Remaja, Motivasi, Sejarah, Agama, Percintaan, Komik, Perkahwinan, Kanak-kanak, Gaya Hidup, Sains, Keluarga, Kesihatan, Sukan dan Hobi.

Press Reader adalah pangkalan data yang menyediakan sebanyak 15,425 keluaran suratkhabar dan majalah dari 100 buah negara di dunia dan meliputi 60 bahasa utama dunia. Terdapat sebanyak 88 judul surat khabar elektronik dan majalah Malaysia yang boleh dibaca secara atas talian.

ProQuest eBook Central mempunyai 46,843 judul ebuku dalam pelbagai bidang perkara seperti Kesenian, Perniagaan, Pengurusan, Pendidikan, Kesihatan dan Perubatan, Sejarah, Sains Politik, Perundangan, Agama dan Falsafah, Sains Sosial serta Sains Teknologi.

Zinio ialah pangkalan data e-majalah yang memiliki kandungan sebanyak 2,700 keluaran yang meliputi pelbagai bidang perkara seperti Seni Bina, Seni & Foto, Automatif, Perniagaan, Sains dan Teknologi, Hiburan dan Pendidikan Keibubapaan.

IG Library menyediakan akses kepada 829 judul ebuku dalam bidang ekonomi, politik dan sains sosial dari koleksi Institute of Southeast Asia Studies (ISEAS) dan America Library Association (ALA).

Mason Crest menyediakan sebanyak 490 judul e-buku dalam pelbagai bidang perkara antaranya aktiviti dan kesenian, biografi, kerjaya, geografi, kesihatan, sejarah, matematik, sains ketenteraan, fiksyen serta sains dan teknologi.

World eBook Library memiliki lebih 5,073,525 juta judul e-buku  yang menyediakan kandungan e-buku, buku audio dan e-majalah. Memiliki koleksi daripada perpustakaan terbaik di dunia termasuk Harvard University, Massachusette Institute of Technology, New York University dan Michigan University.

Ookbee Buffet merupakan pangkalan data yang menggunakan aplikasi mobil untuk menyediakan akses kepada 11,663 e-majalah, surat khabar elektronik dan e-buku terbitan lebih daripada 16 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka, Fixi, Gempak Starz, PTS dan Utusan Karya.

bottom of page