top of page

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Koleksi bahan perpustakaan adalah berjumlah hampir 45,000 naskhah. Koleksi utama Perpustakaan Kolej Matrikulasi Melaka merangkumi subjek perakaunan, sains sosial, fizik, kimia, biologi, matematik dan sains komputer serta terdapat juga rujukan bidang am lain yang menyokong PdP. Sistem pengkelasan yang digunakan adalah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) seperti berikut:

000 - Koleksi Umum

    005 - Sains Komputer

100 - Falsafah & Psikologi

    150 - Psikologi

200 - Agama

    200 - Pendidikan Moral

    297 - Agama Islam

300 - Sains Kemasyarakatan

    330 - Ekonomi

    370 - Pendidikan

400 - Bahasa

    420 - Bahasa Inggeris

    499 - Bahasa Melayu

500 - Sains dan Matematik

    510 - Matematik

    530 - Fizik

    540 - Kimia

    570 - Biologi

600 - Sains Gunaan & Teknologi

    610 - Perubatan

    650 - Pengurusan Perniagaan

    657 - Perakaunan

700 - Seni

800 - Sastera

     823 - Fiksyen Inggeris

900 - Geografi & Sejarah

 

Koleksi-koleksi tersebut boleh didapati di:

 

ARAS 1

Koleksi Pinjaman Terbuka

Koleksi pinjaman terbuka di perpustakaan ini lebih menjurus kepada bidang pengajian yang terdapat di Kolej Matrikulasi Melaka iaitu merangkumi perakaunan, sains sosial, fizik, kimia, biologi, matematik dan sains komputer. Selain itu terdapat juga pelbagai bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen terbitan terkini untuk para pelajar.

 

Akhbar Harian

Koleksi akhbar terdiri dari akhbar-akhbar utama di Malaysia seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, News Strait Times, The Star. Langganan akhbar diberhentikan mulai Mac 2017.

 

Jurnal/Majalah Terkini

Koleksi majalah terdiri dari pelbagai variasi tema seperti pengguna Keluarga, Anjung Seri, Majalah PC, Dewan Masyarakat, National Geographic, Newscientist, Solusi, Wanita, Libur, Reader's Digest dan pelbagai lagi. Langganan majalah dihentikan mulai Mac 2017.

 

ARAS BAWAH

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan

Koleksi kertas peperiksaan disediakan khusus buat para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran bagi memudahkan mereka menghadapi peperiksaan akhir. Koleksi peperiksaan ini juga boleh diupload secara digital melalui laman web perpustakaan yang disediakan.

 

Koleksi Rujukan

Koleksi rujukan terdiri daripada kamus, ensiklopedia, handbook, jurnal dan buletin di mana kandungan bahan ini lebih menjurus pada bidang pengajian yang terdapat di Kolej Matrikulasi Melaka.

 

Koleksi Buletin

Buletin yang diterbitkan oleh institusi dari luar turut diedarkan kepada perpustakaan untuk rujukan dan simpanan. Buletin ini memaparkan pelbagai aktiviti dan perkembangan institusi berkenaan sepanjang tahun. Koleksi Buletin ini dalam perancangan untuk menjadikannya dalam format digital pada masa akan datang.

 

Koleksi Sumber Media

Koleksi sumber media terdiri dari CD-ROM yang mengandungi judul-judul akademik seperti perakaunan, matematik, sains dan komputer. Para pelajar boleh meminjam koleksi ini selama dua hari sebagai rujukan atau menggunakan komputer yang disediakan untuk menonton CD berkenaan.

bottom of page